Connect with:




Liga M5 Shah Alam membuka tirainya semalam dengan 3 perlawanan berlangsung di Padang Eco-Ardence, Setia Alam.

Pasukan pilihan, Shah Alam United (SA United) bermula dengan langkah kanan apabila menewaskan pendatang baharu dalam kancah liga komuniti Lembah Klang, Qhaleefa-MIB dengan jaringan 1-0.

Namun mereka terpaksa menunggu sehingga 10 minit terakhir perlawanan untuk mendapatkan gol apabila umpanan cantik Abdul Muhaimin Tuan Hassan disudahkan oleh Azeez Akem Yemi pada minit ke-63.

Menurut pengendali SA United, Nadzry Abu Bakar, pemainnya sudah menjangkakan tentangan hebat yang bakal dihadapi pasukannya memandangkan Qhaleefa-MIB terdiri daripada pemain-pemain muda dan bertenaga.

Pengendali SA United, Nadzry Abu Bakar

“Kami tahu pasukan Qhaleefa mempunyai kelebihan dari segi kelajuan dan tenaga dimana kita boleh lihat mereka mula pressing sejak dari awal perlawanan. Oleh itu, kami menunggu dahulu sehingga mereka kepenatan dan kami mula mengatur strategi,”

Pengendali Qhaleefa-MIB, Hasmawi Hassan

Manakala bagi ketua jurulatih Qhaleefa-MIB iaitu Hasmawi Hassan, beliau berbangga dengan anak-anak buahnya kerana memberi tentangan hebat kepada pasukan pilihan.

“Walaupun mempunyai pemain yang rata-rata berumur belasan tahun (16,17 dan 18), saya cukup berbangga kerana mereka memberikan komitmen yang tinggi dan mengikut perancangan yang telah saya terapkan. Hasilnya kami berjaya mengekang mereka semasa separuh masa pertama perlawanan namun dipisahkan oleh pengalaman pada separuh masa kedua,”

Dalam perlawanan lain, pasukan yang berpangkalan di Putrajaya iaitu Okami FC dikecewakan oleh Kingstown Klang FC dengan jaringan 4-0 manakala satu lagi pasukan pilihan kali ini, Klasiko bangun dari ketinggalan untuk menundukkan Bukit Kuching FC dengan jaringan 3-1.

Malam ini akan berlangsung 2 lagi perlawanan diantara KB ISMA menentang Protap Ft dan KK Young Guns FC berdepan Real Eleven di padang yang sama bermula jam 8.15 malam.

Foto Kredit: Asiana.My