Connect with:




Pasukan yang berpangkalan di Kota Kemuning, KK Young Guns FC memulakan kempen Liga M5 Shah Alam dengan bergaya apabila menewaskan Real Eleven FC dengan jaringan besar 4-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Padang Eco Ardence semalam.

Naib juara Shah Alam League musim lepas itu membuka jaringan pada minit ke-30 melalui Isfarizwan sebelum ketua pasukan Abdul Azim meletakkan Young Guns 2 gol dihadapan minit ke-35 melalui satu lob ball cantik menewaskan penjaga gol Real Eleven FC.

Real Eleven FC cuba bangkit melawan pada separuh masa kedua namun KK Young Guns FC tenang mengekang asakan. Hasilnya, Young Guns menambah derita pasukan itu apabila menghasilkan 2 gol melalui Mohamad Akil dan Abdul Azim menjadikan kedudukan 4-0 sehingga tamat perlawanan.

Dalam satu lagi perlawanan, satu lagi pasukan pilihan iaitu Protap Ft dikejutkan oleh KB Isma dengan jaringan 3-2. Gol-gol pasukan KB Isma terhasil melalui Muhamad Amirullah (9′, 52′) dan Norshakir Narudin (15) manakala gol pasukan Protap Ft oleh Thanasegar (42′) dan Wan Khairil Azwa (50′).

Liga bakal berhenti rehat minggu hadapan bagi memberi laluan kepada sambutan Raya AidilAdha dan bakal bersambung semula 29 Ogos ini.