Penantian peminat untuk menyaksikan liga kebangsaan futsal musim ini terjawab apabila Persatuan Bolasepak Malaysia telah mengumumkan bahawa Liga Futsal FELDA/FAM 2011/2012 akan bermula pada November 2011 hingga Mac 2012 nanti.

Dua belas pasukan kategori Lelaki yang telah layak secara automatik adalah Selangor, Johor FC, Selangor MPSJ, Felda United, Pahang, Selangor PKNS, PBSMM Adabi, Pulau Pinang, Kelantan, KL KWSP, ATM dan Sabah.

Dalam kategori wanita pula, 12 pasukan yang layak adalah Selangor, PDRM, Selangor MPSJ, Selangor MBPJ, Selangor PKNS, UMS FC, Felda United, ATM, Sabah, KL Putraria, Kedah dan Negeri Sembilan.

Untuk melengkapkan kuota 16 pasukan, Pertandingan Kelayakan akan diadakan di Triways Futsal Centre, Shah Alam pada 11 hingga 13 November 2011 bagi memilih 4 slot pasukan bagi Kategori Lelaki dan Wanita.

Walaupun hanya 4 slot sahaja ditawarkan, difahamkan begitu banyak persatuan bolasepak negeri dan kelab berdaftar mahu mencuba nasib untuk liga musim akan datang ini.