Connect with:




Pada bulan Mac lalu, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menjadi penaja gelaran bagi Piala FA Malaysia 2018. Menerusi usahasama tersebut, MFL juga dapat mendekati 10 juta pengguna Shopee di Malaysia untuk memasarkan dan menjual tiket Piala FA dan unifi Liga Super Malaysia. Usahasama tersebut terjalin untuk meningkatkan hasil pendapatan pasukan bola sepak tempatan dengan membolehkan peminat bola sepak membeli tiket secara dalam talian. Sehingga 5 Julai 2018, sebanyak 20,423 e-tiket terjual; peningkatan sehingga 306.5% daripada sasaran asal iaitu 5,000 unit e-tiket.

Malah, jualan e-tiket melonjak lebih 5,000 unit dalam tempoh dua bulan sejak terjalinnya usahasama tersebut, membuktikan populariti program tersebut di negara ini. Yang pentingnya, tanpa pengenaan yuran pendaftaran atau tahunan ke atas usahawan, atau caj komisyen, keseluruhan hasil jualan tiket di Shopee disalurkan untuk kebajikan pasukan bola sepak tempatan.

 

“Selain daripada pertumbuhan yang kukuh ini, Shopee terus mengotakan janji jenama kami untuk memperkasakan perniagaan dan komuniti tempatan. Selain daripada penajaan, kami menyokong MFL dan pasukan tempatan dengan penambahan hasil sebanyak RM1.5 juta daripada jualan tiket dan aktiviti yang dianjurkan bersama MFL dan pemain tempatan. Kami turut melancarkan pelbagai inisiatif seperti kempen Demam Bola, stadium mini, trivia dan permainan untuk menyokong dan mempromosikan arena bola sepak dan pasukan tempatan. Shopee menawarkan pelbagai hadiah berjumlah lebih daripada RM500,000. Sama seperti semua rakyat Malaysia, Shopee juga amat menyanjungi permainan bola sepak. Baik dari segi kemudahan dan penjenamaan sukan yang lebih teguh, kami yakin impak dari aspek sosio-ekonomi daripada usahasama ini akan terus berkembang dalam jangka masa panjang,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif MFL menambah, “Pertumbuhan pesat dalam penembusan penggunaan internet dan telefon pintar di Malaysia adalah bukti kukuh yang mendorong kami untuk menceburkan diri dalam bidang e-dagang. Bukan sekadar menjual tiket, kami mahu berkomunikasi dengan peminat kami dan menawarkan pengalaman membeli yang mudah di samping membolehkan mereka menyokong pasukan kegemaran mereka. Usahasama ini turut membolehkan kami fokus kepada pemulihan status bola sepak di negara tersayang kami. Kami amat bersukacita dengan perkembangan usahasama ini dan berbesar hati untuk bekerja dengan lebih erat bersama Shopee”.

Selepas melabuhkan tirai bagi Shopee Piala FA Malaysia 2018, apakah langkah seterusnya? Untuk memenuhi permintaan peminat tegar bola sepak yang ingin mendapatkan pelbagai jenis produk berkaitan dengan arena bola sepak tempatan, Shopee dan MFL bekerjasama untuk melancarkan kedai rasmi menjual cenderahati MFL yang menampikan kit tulen pasukan bola sepak Malaysia, pakaian, beg, aksesori dan banyak lagi. Dilancarkan pada 1 Julai 2018, kedai dalam talian ini telah dilengkapi dengan pelbagai produk daripada pasukan Felda United dan UKM FC. Kedai rasmi dalam talian ini akan melancarkan lebih banyak produk daripada pasukan bola sepak Malaysia dalam masa terdekat.

Sejajar dengan visi MFL untuk mempromosi minat bola sepak dalam kalangan golongan belia Malaysia dan mengeratkan hubungan antara pemain dan peminat mereka, Shopee menganjurkan klinik bola sepak bagi membuka ruang supaya bintang bola sepak dan jurulatih tempatan yang ternama untuk berkongsi tips dan nasihat kepada golongan belia. Untuk maklumat terbaharu berkaitan klinik bola sepak tersebut, teruskan mengikuti laman rasmi Facebook Shopee.

Dapatkan cenderahati pasukan kegemaran anda dengan melayari https://shopee.com.my/mflmerchant. Anda juga boleh memuat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di Apple App Store atau Google Play Store.