Tiga lagi persatuan bola sepak Malaysia iaitu PB Kedah, PB Kelantan dan PB Melaka berjaya mendapatkan lesen daripada FAM apabila permohonan mereka diluluskan FAM semalam.

Perancangan yang dilakukan membolehkan mereka bertanding dengan pasukan yang sudah lulus lebih awal seperti Johor Darul Ta’zim (Johor DT), PKNS FC,Pahang, Perak, Pulau Pinang, T-Team, Selangor dan Pulau Pinang.

Namun lesen yang diberi tidak membabitkan lesen Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang membolehkan sesebuah pasukan utnuk bermain dalam AFC. Beberapa kumpulan seperti JDT, Pahang, PKNS dan Selangor layak untuk bermain dalam piala AFC.

 

Info menarik Liga Super 2017.

 

1) Liga Super diungguli Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

Johor Darul Ta’zim (Johor DT) telah menjuarai Liga Super sebanyak empat kali. Ini menunjukkan prestasi yang baik ditunjukkan JDT dalam mempertahankan tahta Liga Super. Pencapaian terbaik ini adalah hasil perubahan yang dilakukan Tengku Mahkota Johor,Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam membangunkan sukan bola sepak di Johor.

Pelbagai cabaran yang dihadapi Juara Piala AFC 2015 itu. Kontroversi yang melibatkan sepakan penalti pada peringkat akhir zon Piala AFC 2017 membantutkan perancangan dalam mengejar piala AFC JDT. Lebih meyedihkan lagi penjaga gawang JDT Farizal Marlias digantung 12 bulan dari beraksi dengan mana-mana kumpulan akibat tindakan agresif terhadap pengadil perlawanan.

Manakala jurulatih JDT,Benjamin Mora didenda US$7,000 kerana mengasari pengadil dan kakitangan AFC selepas perlawanan. Tindakan melampau jurulatih itu memakan dirinya apabila dia digantikan dengan jurulatih Portugal, Ulissses MOrais pada Jun 2017.

 

2) Tiada laluan ke Piala AFC 2018 buat Kedah

Kedah sepatutnya layak ke Piala AFC 2018 namun terdapat khabar angin yang mengatakan mereka sebenarnya tidak layak atas sebab tidak dapat lesen kelab yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Status tidak layak Kedah menjadi punca utama dan antara isu lain ialah kegagalan pihak Kedah melangsaikan tunggakan gaji kepada bekas jurulatih David Mitchell. Anggaran yang dikeluarkan FIFA dalam hal ini pampasan bernilai 100,00 Dollar Amerika (RM427,000) .

 

3) Pemain import penjaring terbanyak Liga Super.

Mohammed Ghadar menjadi penjaring terbanyak Liga Super kerana beliau bermain buat dua pasukan dalam satu musim. Memang tidak dapat dinafikan jika pemain import mendominasi carta penjaring kerana kesungguhan dankelicahan mereka dapat dilihat melalui perlawanan. Ghadar yang sebelum ini bermain untuk pasukan Kelantan berjaya menyumbat 18 gol dalam 11 perlawanan dan apabila berpindah ke JDT Ghaddar menyumbat lagi 5 gol. Keseluruhan jaringannya 23 gol dalam 20 kemunculan beliau.

Bagi pemain tempatan pula, penjaring tertinggi dipegang oleh Safiq Rahim dan Baddrol Bakhtiar yang masing-masing 9 gol. Pemain tempatan perlu bermain lebih bagus agar sukan kita tidak dipelopori oleh pemain import yang main lama makin handal.

 

4) Kejutan bagi skuad Kelantan.

Perlantikan Bibi Ramjani Ilias Khan selaku Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menggemparkan sukan bola sepak tanah air. Pengasas Desa Murni Batik Sdn Bhd menumpaskan Naib Presiden KAFA, Datuk Mohamad Nasir Hamzah dalam Kongres Tahunan KAFA ke 63 pada September lalu.

Bibi Ramjani bakal mentadbir Kelantan bagi penggal 2018 hingga 2021. Diharapkan perubahan bakal dilakukan buat pasukan Kelantan yang dilihat agak menurun buat edisi kali ini.

 

5) Penyertaan skuad Kuala Lumpur dan Terengganu.

Pembabitan dua pasukan ini mampu memberi saingan hebat buat Liga Super. Mungkin corak permainan yang baru akan ditunjukkan buat dua kumpulan baru ini.

 

Foto Kredit : Facebook (Football Association of Malaysia (FAM) )