Connect with:




Penerjun negara, Leong Mun Yee-Nur Dhabitah berjaya meraih pingat gangsa dalam acara terjun 3m papan anjal seirama sebentar tadi dan menambah koleksi pungutan pingat kepada negara.

Gandingan kedua-dua ini meraih 264.90 mata untuk berada di kedudukan ketiga dan juara aara ini di menangi atlet tuan rumah, Esther Qin yang bergandingan dengan Georgia Sheehan setelah meraih kutipan 284.10 mata. Pingat perak pula menjadi Alicia-Katherine dari England dengan kutipan 276.90 mata.

Kedua-dua pasangan ini akan turun dalam satu lagi acara 10m platform seirama petang ini dan moga kejayaan sekali lagi akan memihak kepada atlet negara. Dalam acara yang sama, satu lagi gandingan negera juga akan beraksi dalam acara ini iaitu Pandelela Rinong berganding juara dunia, Cheong Jun Hoong.

Gandingan penerjun terbaik ini sudah pasti menjadi sandaran utama skuad negara untuk meraih emas dalam acara petang ini. Ketika edisi 4 tahun lepas di United Kingdom, Pandelela yang bergandingan bersama Nur Dhabitah berjaya meraih pingat gangsa.

Foto Kredit : Bernama Radio