Connect with:




Ahli Gusti, Bredan Johnston, 18, terus menarik dari daripada menyertai pertandingan gusti peringkat negara apabila melihat lawannya seorang wanita.

Johnston merupakan seorang pelajar sekolah menengah di The Classical Academy di colorado berkata, dia tidak akan sesekali bertarung dengan seseorang ahli gusti wanita.

Katanya kepada The Washington Post, beliau memegang satu prinsip serta kepercayaan dalam dirinya bahawa menentang ahli gusti adalah bertentangan dengan prinsip hidupnya.

Johnston merupakan seorang ahli gusti yang menganut agama Kristian menjelaskan bahawa dia tidak selesa jika beradu tenaga fizikal dengan wanita.

Jelasnya lagi, keputusan tersebut bukannya ingin membezakan kemampuan berlainan jantina tetapi disebabkan pendapatnya bahawa lelaki dan wanita dicipta dengan begitu berbeza.

“Saya sangat yakin bahawa mereka adalah wanita dan mereka berbeza dengan lelaki dan saya percaya lelaki dan wanita adalah berbeza dan kita dicipta berbeza. Tetapi saya tidak menafikan bahawa wanita mempunyai nilai yang sama dengan lelaki. Saya tidak fikir melihat lelaki dan wanita berlawan dalam perlawanan yang sama,” jelas Johnston.

Keputusan muktamad Johnston itu telah memberikan kemenangan secara percuma kepada lawannya, Angel Rios.

Walau bagaimanapun, Johnston mengatakan beliau tidak kecewa dengan keputusan tersebut dan sedikit pun tidak menyesal untuk menarik diri daripada perlawanan tersebut kerana beliau berpegang kepada prinsipnya.

“Walaupun ini bukanlah seperti apa yang saya harapkan tetapi ia telah menjadi pengakhiran yang manis sebelum menamatkan sekolah menengah. Saya akan tetap mengekalkannya,” jelas Johnston. – The Washington Post, CBN News

 

Foto : The Washington Post