Connect with:




Peminat Manchester United dan LEGO® di Malaysia kini boleh membina sendiri stadium bola sepak Old Trafford. Model LEGO® Creator Expert ini yang terdiri daripada 3,898 kepingan LEGO® merupakan satu bentuk tribut kepada salah satu stadium bola sepak paling ikonik di dunia dan menjadikannya antara barangan koleksi yang sangat menarik di sudut rumah atau pejabat. Ini merupakan pengalaman secara praktikal bagi peminat untuk membina replika Old Trafford yang cukup sinomim dengan Manchester United.

Model ini merupakan satu bentuk penghargaan kepada peminat permainan LEGO® di seluruh dunia, dengan penghormatan istimewa kepada peminat Manchester United. Reka bentuk model LEGO® Old Trafford yang cukup teliti ini merupakan sesuatu yang cukup istimewa, khusus untuk peminat berusia enam belas tahun dan keatas. Model replika 1:600 ini menampilkan beberapa ciri asli termasuklah jam peringatan Munich, terowong pemain dan tugu Sir Alex Ferguson.

Model ini membolehkan 659 juta peminat Manchester United di seluruh dunia memiliki Old Trafford mereka sendiri, lebih-lebih lagi mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke stadium itu. Menawarkan pengalaman membina yang terbaik, ia memberi peluang kepada peminat melibatkan diri dalam satu pengalaman membina yang mencabar, yang pastinya memberi kenikmatan dan kepuasan apabila mereka melihat hasil kerja tangan mereka. Inilah masanya mereka menunjukkan minat mendalam terhadap kelab bola sepak kesayangan mereka.

Sean Jefferson, Pengarah Kerjasama Manchester United berkata, “Stadium Old Trafford cukup ikonik, sama seperti Manchester United sendiri dan kami amat berbangga dapat membawakannya dalam bentuk LEGO®. Saya yakin kebanyakan daripada kita semua pernah bermain LEGO® sepanjang kehidupan mereka, walau bagaimanapun melihat ketelitian pereka LEGO® menghasilkan model ini merupakan sesuatu yang cukup mengagumkan. Ini pastinya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan popular di kalangan peminat Manchester United dan LEGO®.”

Membina set ini menjanjikan pengalaman yang nostalgik kepada peminat Manchester United, pada masa sama memberikan peminat LEGO® kepuasan yang tersendiri melalui pengalaman pembinaannya. Arahan untuk membina model stadium turut disertakan dengan maklumat stadium dan kekayaan sejarah dan warisannya.

Menurit Michael Psiaki, Pakar Rekabentuk LEGO®, “Untuk membina Old Trafford dalam bentuk lego merupakan cabaran yang amat besar untuk pasukan kami, dan kami amat gembira dengan hasilnya. Stadium berusia 110 tahun ini menampilkan pelbagai lokasi, ciri-ciri dan kisah-kisah penting yang perlu diambil kira dalam membina model ini. Kami tidak sabar ingin menyaksikan keterujaan peminat kami untuk menikmati pengaman bersejarah dan ketelitian yang terdapat dalam model ini, seterusnya mempamerkan stadium ikonik ini.”

Sempena pengeluaran model LEGO® Creator Expert Old Trafford baharu ini, pembeli berpeluang memenangi barangan Manchester United seperti jersi, bola atau topi daripada Adidas. Anda hanya perlu menangkap gambar resit pembelian dan hantarkan maklumat anda melalui WhatsApp di nombor

017-6645514 (LEGOMU<jarak>NOMBOR RESIT<jarak>NAMA<jarak>NOMBOR KAD PENGENALAN).

Maklumat mengenai set ini adalah seperti berikut:


LEGO® Creator Expert Old Trafford – Manchester United (10272)

Harga runcit yang dicadangkan (RRP)      : RM 1,149.90

Umur                                    : 16+

Jumlah kepingan              : 3,898

Ukuran                                 : 6.5” (18.5cm) tinggi, 18” (47cm) panjang dan 15” (39cm) lebar.

Set ini akan dilancarkan pada 1 Februari 2020 dan boleh didapati secara eksklusif di semua Kedai LEGO® Berdaftar (LCS).