Pemain Golf No 3 dunia, Lee Westwood dari England membuktikan kejaguhan beliau di Kelab Golf Royale Jakarta, Jakarta Indonesia apabila sekali lagi mempertahankan kejuaraan yang diraih tahun lalu dalam kejohanan Golf CIMB Niaga Indonesisa Masters 2012.

Westwood yang terpaksa bermain sebanyak 31 lubang pada hari terakhir kejohanan akibat permainan pusingan ketiga yang tertunda akibat hujan, tidak langsung menunjukkan keletihannya apabila mendahului kejohanan sejak dari permulaan dengan catatan 13 di bawah par. Walaupun cuba disaingi oleh pemain muda Jepun, Masanori Kobayashi, Westwood tidak sedikit pun tergugat namun sebaliknya Kobayashi yang kelihatan tertekan dan melakukan kesilapan demi kesilapan.Westwood cemerlang menjuarai kejohanan dengan melakukan 272 pukulan, 16 dibawah par untuk membawa pulang wang tunai USD 118,875.00

Sementara itu pemain Thailand, Thaworn Wiratchant berjaya merebut persaingan di tempat kedua apabila bermain cemerlang di lima lubang terakhir. Wiratchant mengungguli tempat kedua dengan melakukan 274pukulan, 14 dibawah par dan pemain India, Gaganjeet Bhullar dan Shiv Kapur berkongsi di tempat ketiga apabila masing-masing melakukan 276pukulan, 12 dibawah par.

Satu-satunya pemain Malaysia yang layak ke pusingan ketiga, Danny Chia, juga cemerlang di hari terakhir apabila menghabiskan kejohanan di tempat ke 24 apabila mencatatkan 2 dibawah par.

Keputusan Penuh.

1 Lee WESTWOOD -16 272

2Thaworn WIRATCHANT -14 274

3 Gaganjeet BHULLAR -12 276 3 Shiv KAPUR -12 276

5 Anirban LAHIRI -11 277