Connect with:




Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkeinginan untuk mendaftarkan pemain import Terengganu FC (TFC), Andrew Lee Tuck sebagai pemain naturalisasi negara.

Berita Harian melaporkan, Presiden FAM sudah meluahkan hasrat kepada pengendali TFC, Irfan Bakti untuk menjadikan pemain kelahiran Halifax, England itu sebagai pemain naturalisasi kedua negara selepas Mohamadou Sumareh yang membantu skuad negara muncul naib juara dalam saingan Piala AFF, Sabtu lalu.

“Kami menyambut baik cadangan itu kerana Tuck seorang pemain berkualiti dan mampu menjana dengan berkesan posisi tengah sebagaimana aksinya bersama skuad TFC.

“Apa yang saya harapkan supaya FAM mempercepatkan urusan berkaitan termasuk taraf kerakyatan Malaysia bagi membolehkan pemain itu didaftarkan sebagai pemain tempatan sekali gus dapat menyarung jersi skuad Harimau Malaya,” katanya.

Namun, proses sebegini mengambil masa yang panjang dan agak rumit memandangkan dia dikatakan mendapat sedikit halangan daripada isterinya untuk melepaskan status kerakyatan England biarpun berminat dan berbesar hati untuk menyarung jersi Haimau Malaya.

Foto: Official Terengganu FC