Connect with:




Mengimbau kembali perseteruan terhebat antara legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei, 36, dan legenda China, Lin Dan, 35, yang telah membuat perhintungan sebanyak 40 pelawanan setakat artikel ini ditulis.

Chong Wei dan Lin Dan adalah dua pemain yang paling dominan dalam tiga generasi dan ramai yang menganggap mereka sebagai yang paling hebat sepanjang masa dengan tempoh antara 2006 hingga  2016 dan digelar sebagai era Lin-Lee.

Pada 22 Februari 2004, ia adalah waktu titik tolak kepada kelahiran perseteruan Lee-lin ini iaitu ketika Final Piala Thomas. Lin Dan menang dalam pertarungan pertama mereka dalam tiga set 3–15, 15–13, 15–6 .

Selepas itu, mereka bertemua buat kali kedua dalam Terbuka Malaysia pada 2005, Chong Wei berjaya membalas dendam dengan kemenangan juga tiga set 17–15, 9–15, 15–9 .

Sejak itu, perseteruan mereka digelar Perseteruan Lee-Lin (Lee-Lin Rivalry) oleh pengulas sukan global. Mereka yang telah bertemu sebanyak 40 kali dalam karier mereka, setiap pertemuan antara mereka dianggap seperti final.

Rekod pertemuan dipegang oleh Lin Dan dengan 28 kemenangan dan Chong Wei hanya mampu memenangi 12 daripadanya.

Sebelum ini, dunia badminton disajikan dengan perseteruan pemain Indonesia, Taufik Hidayat dan Denmark, Peter Gade sehinggalah dua pemain generasi lebih muda daripada dua legenda tersebut mengambil alih perhatian dunia dengan perseteruan lebih berprofil tinggi.

Foto : BWF

Jika ranking yang diukur pada jumlah minggu di ranking dunia pada ketika itu, sememangnya rekod menyembelahi Chong Wei. Ini disebabkan Lin Dan sentiasa mengelak daripada menyertai kejohanan yang kurang berprestij. Ia membuatkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sendiri tidak senang dengan sikap Lin Dan.

Suku Akhir Terbuka All England 2018 merupakan pertermuan Lee-Lin terakhir setakat artikel ini ditulis, Lin Dan berjaya menewaskan Chong Wei dengan straight set 21-16, 21-17.

Chong Wei yang dikenali dengan corak permainan yang lebih tenang dan kemampuannya untuk bertahan dengan baik. Lin Dan pula lebih agresif dengan keupayaan untuk melakukan penyudah dengan smash dengan ketepatan yang tidak terjangkau lawan.

 

Pertarungan Berprofil Tinggi

Pasti peminat badminton masih segar dalam ingatan di mana perlawanan berprofil tinggi antara Lee-Lin ini. Pada 2009, Lin Dan berjaya menewaskan Chong Wei 21–19, 21–12 dalam final All England. Tetapi dua tahun kemudian Chong Wei pula menewaskan Lin Dan dalam All England pada 2011 straight set 21–17, 21–17.

Selepas itu, mereka bertemu lagi dalam final All England pada 2012, Lin Dan kembali memenangi perlawanan tersebut tetapi bagi rakyat Malaysia ia lebih menyedihkan apabila Chong Wei mengalami kecederaan dalam perlawanan itu dan terpaksa melepaskan kejuaraan itu pada awal set kedua dengan keputusan 21–19, 6–2 (tarik diri).

Pada temasya Olimpik 2008 di Beijing, di mana pertemuan final pertama Lee-Lin dalam sukan terbesar itu. Tetapi bermain di bumi sendiri, Lin Dan menewaskan Chong Wei dengan cara yang sangat ‘kejam’ apabila Lin Dan berterusan menyerang Chong Wei dengan pukulan deras dan memenangi perlawanan dengan straight set 21–12, 21–8.

Olimpik London pada 2016. Foto : Badminton England

Sudah pasti ketika itu di mana ia dianggap sebagai waktu terbaik dan kemuncak karier Lin Dan serta kualiti yang dimilik oleh beliau menyukarkan Chong Wei. Manakala empat tahun kemudian, mereka bertemu sekali lagi dalam final Olimpik di London, England.

 

Chong Wei sekali lagi dinafikan untuk menyumbang pingat emas Olimpik pertama negara oleh Lin Dan. Chong Wei yang tampil dengan prestasi lebih baik dan masih gagal menewaskan Lin Dan apabila tewas 15–21, 21–10, 21–19.

Pada Olimpik 2016 di Rio, Brazil, Lee-Lin dijadualkan bertemu lebih awal di pusingan separuh akhir kerana ketika itu ranking Lin Dan agak jauh berbanding Chong Wei. Kali ini Chong dilihat lebih yakin dengan membawa dua rekod kemenangan berturut-turut ke atas Lin Dan sebelum ini iaitu Terbuka China pada 2015 dan Kejohanan Badminton Asia pada 2016.

Kali ini Chong Wei tidak menghadapi masalah untuk menewaskan musuh tradisinya itu dengan keputusan 15–21, 21–11, 22–20.  Maka harapan rakyat Malaysia ketika itu untuk melihat emas pertama Olimpik semakin cerah. Hal ini disebabkan, pemain yang dua kali menewaskan Chong Wei daripada emas berjaya ditewaskan.

Namun malangnya, Chong Wei gagal menewaskan Chen Long dalam perlawanan akhir apabila tewas straight set 18-21, 18-21. Sejak tamat temasya Olimpik Rio, Lin Dan berjaya memenangi tiga perlawanan ke atas Chong Wei dan kali terakhir adalah suku akhir All England 2018.

 

Perseteruan Epik Dua Legenda

Begitulah serba sedikit perseteruan dua legenda badminton dunia, dengan 135 kejuaraan professional di antara mereka. Sebanyak 69 kejuaraan oleh Chong Wei dan 66 kejuaraan oleh Lin Dan.

Manakala sebanyak 58 naib juara telah berjaya dicatatkan oleh mereka dengan 34 kali oleh Chong Wei dan 24 kali oleh Lin Dan. Ini bermakna, Lee-Lin sudah bermain dalam 193 perlawanan akhir dalam sejarah badminton dunia.

Jika diukur dari segi kejuaran nyata milik Chong Wei, namun Lin Dan memiliki kelebihan dengan dua pingat emas Olimpik dan lima Kejuaraan Dunia yang tidak ada dalam kabinet Chong Wei. Tetapi Chong Wei merupakan satu-satunya pemain yang berjaya memenangi paling banyak ke atas Lin Dan di dalam sejarah karier Lin Dan.

Sudah pasti peminat mempunyai pendapat masing-masing dalam menentukan perseteruan terbaik dalam sejarah badminton. Tetapi tidak dapat dinafikan pada era moden antara 2006-2016 adalah milik ‘Lee-Lin Rivalry’ tetap perseteruan nombor satu.

Peseteruan Lee-Lin di dalam gelanggang bagai musuh sangat ketat tetapi di luar gelanggang mereka adalah sahabat karib. Maka tidak hairanlah peseteruan mereka ini dianggap antara aspek penting dalam mempromosikan sukan badminton di arena sukan dunia.

Foto: Reuters

Pada Disember 2014, Chong Wei telah dianugerahkan dengan pingat ‘China-Malaysia Star of Friendship’ oleh kerajaan China. Ia telah menjadi jambatan persahabatan di antara badminton China dan Malaysia.

Pada masa yang sama juga, populariti Chong Wei semakin meningkat di China. Ramai rakyat China sendiri yang meminati Chong Wei. Malah filem yang mengisahkan kehidupan Chong Wei iaitu filem Lee Chong Wei telah ditayangkan di 8,000 pawagam China mulai 7 September 2018.

Menurut Penerbit Eksekutif filem Lee Chong Wei, Jeff Zhang karya arahan Teng Bee itu menjadi filem pertama Malaysia yang mencecah jumlah tayangan sedemikian di China.

Selepas ini pasti peminat badminton akan mengingati perseteruan legenda ini. Terima kasih di atas segala episode indah ini Lee-Lin.