9

Dua berita gembira diterima jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Pertama, beliau berjaya memenangi gelaran kesembilan Malaysia Open buat dirinya dan yang kedua, beliau bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas isterinya, Datin Wong Mew Choo disahkan berbadan dua ketika ini.

“Sudah semestinya saya gembira untuk mendapat anak. Lagipun umur saya makin meningkat” kata Chong Wei.

Chong Wei juga sempat berseloroh sama ada bakal anaknya itu akan mengikut jejak langkah kedua ibubapanya untuk menjadi pemain badminton.

“Kita tengok la macam mana nanti kalau ibu dia bagi. You kena tanya juga anak saya nak jadi apa nanti bila sudah besar” tambahnya.

6

Chong Wei mudah membenam cabaran Sony Dwi Kuncoro

 

Mengulas mengenai kejayaan cemerlangnya merangkul kejuaraan kesembilan selepas mudah menewaskan Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia dengan mata 21-7, 21-8, Chong Wei berkata kejayaan ini tidak datang dengan mudah seperti yang dijangkakan.

“Mungkin game tadi nampak macam mudah tetapi kalau dilihat pada peringkat separuh akhir, Jorgensen dari Denmark memberikan tentangan yang cukup sukar. Sedikit sebanyak saya belajar dari kesilapan perlawanan separuh akhir dimana saya terlalu gopoh untuk menamatkan perlawanan dan kali ini di final, saya berjaya mengelakkanya” kata Chong Wei yang mengutip kejuaraan keduanya tahun ini selepas Korea Open.

“Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada peminat yang hadir. Nampak hari ini paling penuh sepanjang kejohanan berlangsung.

“Selepas ini saya akan fokus kepada All-England dimana Lin Dan akan kembali beraksi dan tentunya cabaran lebih sukar kali ini. Pada tahun yang sama juga kita akan hadapi Piala Sudirman dan saya harap dapat membantu negara pada kejohanan tersebut” kata Chong Wei ketika ditanya mengenai sasarannya selepas ini.

Sementara itu, Sony yang ditemui selepas kekalahannya kepada Chong Wei mengakui pemenang pingat perak Olimpik 2012 itu ternyata begitu handal sehinggakan sukar untuk dirinya bersaing dalam perlawanan final tersebut.

"Chong Wei begitu hebat dan pantas" kata Sony.

“Chong Wei begitu hebat dan pantas” kata Sony.

 

“Dia (Chong Wei) memang sangat bagus. Dia begitu pantas. Saya perlu gandakan usaha dan tingkatkan latihan untuk berada di tahap yang sama seperti dia.

“Walaubagaimanapun, saya tetap berbangga dengan pencapaian beraksi di final dan tentunya ini menjadi permulaan yang bagus untuk diri saya tahun ini” kata Sony yang juga pemain ke-5 dunia ini.