Rekod dunia acara 1 500 meter gaya bebas milik Katie Ledecky sekali lagi dipecahkannya sendiri dengan kelebihan lima saat dalam perlumbaan pertama sebagai perenang profesional, sebentar tadi.
Kejohanan Pro Swim di Indianapolis menyaksikan juara renang Sukan Olimpik lima kali itu menamatkan saingan dengan catatan 15minit 20.48 saat (s) sekaligus membenam rekod lama, 15:25.48s yang dilakukan pada Kejuaraan Dunia di Kazan pada 2015.
Dalam pada itu, kejohanan di Indianapolis ini merupakan kejohanan pertama disertai Ledecky sejak bergelar profesional.
Perenang berusia 21 tahun dari Amerika Syarikat (AS) itu pernah meraih empat emas dan satu perak di Sukan Olimpik Rio 2016, dua tahun lalu selepas merangkul pingat emas acara 800 meter di Sukan Olimpik 2012.
“Saya tidak akan lupakan detik ini yang merupakan renangan pertama selaku perenang professional,” kata Ledecky.
“Saya sangat terkejut melihat apabila melihat angka ’20s’,” kata Ledecky sambil tertawa kecil kerana menjangkakan dia hanya mampu merekodkan 15.30s.
Ledecky bagaimanapun telah merekodkan lapan masa terpantas dalam sejarah (ketika kejohanan) sejak 2013 serta 14 rekod dunia dalam kariernya setakat ini.
“Perasaannya ialah seperti tidak pernah berasa tua,” tambahnya.
“Saya perlu berlatih dan bekerja keras untuk terus membuahkan hasil yang tidak pernah dibuat sebelum ini.
“Saya tahu, saya masih mampu berenang dengan baik. Saya tidak tahu jika latihan yang cukup bagus sejak enam minggu lalu berjaya diterjemahkan serta merta di sini atau tidak.”
“Saya hanya mahu mencuba untuk melakukan yang terbaik dan ingin turun beraski dalam keadaan yang cukup bagus.”
Dia masih mampu untuk terus mneyerlah di Indianapolis kerana turut bertanding dalam acara 100m, 200m, 400m dan 800m gaya bebas serta 200m serta 400m rampaian individu.
Sementara itu, acara 1 500m gaya bebas mungkin bakal diperkenalkan di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Foto Kredit: SwimSwam