Barysaw,Belarus: Penyerang pasukan Arsenal, Oliver Giroud meledakkan jaringan yang ke-100 bersama Arsenal menundukkan BATE Borisov 4-2 dalam aksi Liga Eropah, awal pagi tadi.

Kecemerlangannya menjaringkan 100 gol peribadi sekaligus membantu skuad muda The Gunners dalam perlawanan ini.

Selain Giroud, aksi semalam dibantu oleh Theo Walcot dengan menyumbat dua gol pada babak pertama manakala satu lagi jaringan diraih menerusi Rob Holding, sedikit sebanyak membantu Arsenal untuk berada di kedudukan kedua Kumpulan H.

Tindakan Wenger membuahkan hasil apabila beliau melakukan perubahan mengejut dengan menggantikan sembilan pemain utama dan membariskan pemain-pemain muda.

Rata-rata pemain muda seperti Joe Willock diberi kepercayaan dan peluang beraksi buat pertama kalinya  bersama pasukan senior, hanya Shkodran Mustafi dan Mohamed Elneny mengekalkan tempat mereka.

Pemain senior Arsenal, Jack Wilshere dan Walcott membantu Arsenal untuk berada di hadapan seawal babak pertama.

Foto Kredit:  Facebook Arsenal