Connect with:




Penganjuran District Race yang buat julung kalinya di Malaysia menyaksikan lebih 8,000 peserta menjelajah Kuala Lumpur dalam sebuah perlumbaan urban yang hebat dan dikuasakan oleh teknologi.

Ditaja oleh AIA Vitality, District Race merupakan platform perintis yang menggunakan teknologi bagi menggalakkan rakyat Malaysia menjalani gaya hidup aktif dan sihat dengan menyuntik motivasi untuk menjadi aktif menerusi aktiviti eksplorasi bandar menggunakan aplikasi District Race. Diperkasakan oleh kecanggihan teknologi berasaskan augmentasi realiti (AR) dan pengesanan lokasi, para peserta menjelajah bandar dan berlari sejauh 82,000 kilometer, melengkapkan lebih 180,000 cabaran maya serta stesen hentian.

District Race Malaysia dilancarkan pada Jun tahun ini dan mengaktifkan pelbagai grid di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru. Pengaktifan tersebut memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk melakukan eksplorasi dan merasai pengalaman menyertai District Race secara percuma sebelum kemuncak di District Race by AIA Vitality. Sepanjang lima bulan yang lalu sejak pelancarannya, lebih daripada 5,000 peserta telah mengambil bahagian dan menyelesaikan pelbagai cabaran serta menjelajah bandar mereka.

Pada pagi kelmarin, para peserta, yang juga dikenali sebagai ‘Explorers’ memulakan perlumbaan di Dataran Merdeka yang bersejarah. Tanpa ketetapan tertentu dalam laluan dan jarak, peserta perlu mengatur strategi dan menjelajah Kuala Lumpur dengan cara mereka tersendiri. Mereka mempunyai had masa antara satu (1) hingga dua (2) jam untuk menyelesaikan seberapa banyak cabaran yang mungkin dan melepasi stesen hentian untuk mengungguli carta pemarkahan dalam dua kategori iaitu Open dan Discovery, sebagai peserta individu atau dalam pasukan berempat. Setiap kategori menguji peserta dengan tiga jenis cabaran yang perlu diselesaikan iaitu Scan Challenge, Discovery Challenge dan Time Trial Challenge.

Ben Pember, Ketua Pegawai Eksekutif District Technologies berkata, “District Race dianjurkan bagi memberi inspirasi kepada semua untuk menjelajah semula bandar mereka dan dalam masa yang sama meningkatkan tahap kecergasan. Kami ingin berterima kasih kepada AIA Malaysia yang memberi sokongan yang penuh bagi merealisasikan District Race di Malaysia. Melalui kerjasama dengan AIA Malaysia ini, kami dapat memperkenalkan sesuatu yang unik kepada rakyat Malaysia iaitu langkah yang inovatif untuk menjadi cergas sambil berseronok dengan cara yang luar biasa. Penyertaan District Race yang diadakan buat julung kalinya di Malaysia hari ini adalah amat menggalakkan. Kami berharap, para peserta akan lebih menghargai bandar mereka dan bersemangat untuk terus menjelajah serta kekal aktif menerusi aplikasi District Race.”

Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia menambah, “Sejak pelancaran District Race pada awal tahun ini, kami telah menerima sokongan dan melihat semangat yang luar biasa daripada para peserta di seluruh negara. Kami di AIA amat gembira untuk meraikan kemuncak District Race dengan acara bersejarah ini di Dataran Merdeka dan teruja dengan kehadiran peserta yang sangat menggalakkan. Kami memulakan inisiatif ini bersama District sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup aktif bersama keluarga dan rakan-rakan sambil meneroka bandar mereka melalui perspektif yang baharu. Kami berharap untuk terus menyokong inisiatif seperti ini dalam misi kami untuk membantu rakyat Malaysia hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.”

“Misi kami di District adalah untuk membolehkan orang ramai hidup aktif menerusi aktiviti eksplorasi. Bagi tujuan tersebut, kami memperkenalkan Ultimate Explorer Challenge, aktiviti cabaran menjelang hari perlumbaan untuk menggalakkan semua orang menjelajah bandar dan juga mengukur keupayaan mereka menerusi aplikasi District Race. Jimmy, pemenang bagi aktiviti tersebut telah menyelesaikan lebih 500 larian menerusi aplikasi District Race sejak Jun dan beliau benar-benar menjiwai semangat eksplorasi sebagai Penjelajah Terunggul,” ujar Pember.

Jimmy Lim, yang menetap di Kuala Lumpur telah menyempurnakan jumlah larian tertinggi dengan menggunakan aplikasi District Race, sekaligusdinobatkan sebagai pemenang Ultimate Explorer Challenge dan. Beliau memenangiperjalanan mengelilingi dunia untuk mencuba grid District Race yang terdapatdi lebih 35 buah bandar seluruh dunia.

Jimmy mendedikasikan kemenangan beliau kepada isterinya yang telah memperkenalkannya kepada aplikasi District Race. “Saya sangat berbesar hati keran berjaya memenangi Ultimate Explorer Challenge dan berazam untuk terus menjelajah grid baharu dan lama kerana aktiviti tersebut membuatkan saya rasa bersemangat. Isteri saya telah memperkenalkan saya kepada District Race dan kami berdua gemarberlari sambil menggunakan aplikasi ini serta turut menjelajah ke tempat kebiasaan seperti Lake Garden, Bangsar, begitu juga grid di bandar kelahiran kami di Pulau Pinang!

“Mempunyai stesen hentian dan cabaran maya sebagai tumpuan tambahan menjadikannya lebih menyeronokkan dan menarik. Perkara terbaik tentang aplikasi District Race adalah kehadiran grid baharu dan saya bersama isteri merancang untuk mencuba grid tersebut. Aplikasi ini merupakan persamaan minat antara saya dan isteri dan kami sering memberi galakkan sesama sendiri. Saya tidak sabar untuk menjelajah pelbagai tempat yang cantik di seluruh dunia dan mencuba grid District di sana,” tambahnya lagi.

Selepas perlumbaan, para peserta berpeluang mencubapelbagai aktiviti seperti permainan augmentasi realiti (AR), persembahan muzik secara langsung, hidangan makanan yang lazat dan merasai pengalaman yang interaktif daripada AIA, eToro dan adidas.

Meskipun acara perlumbaan telah tamat, rakyat Malaysia masih dapat menggunakan aplikasi District Race. Kini terdapat lebih daripada 30 grid di empat (4) buah bandar di seluruh negara yang dapat digunakan secara percuma dan lebih banyak pengisian akan ditambah dari masa ke semasadalam aplikasi tersebut.