Connect with:




Herbalife Nutrition, syarikat nutrisi global, telah memulakan acara Hari Nutrisi Tahunan keempat dengan mengumpul semua ahli, tetamu dan orang awam untuk larian 5 KM Fun Run di Avenue K di Kuala Lumpur. Lebih daripada 2,000 individu dan keluarga telah mengambil bahagian dalam majlis keraian ini.

Fun Run telah dianjurkan sebagai sebahagian daripada komitmen Herbalife Nutrition untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu obesiti yang sedang melanda negara. Mereka juga mengambil peluang ini untuk menunjukkan kepada warga Malaysia bahawa mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif bukan sahaja penting untuk menjaga kesihatan, tetapi ia juga boleh menjadi aktiviti menyeronokkan yang boleh dilaksanakan bersama teman dan kaum keluarga.

“Kadar obesiti di Malaysia semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu. Kita perlu mula mengambil tindakan bagi membendung masalah ini kerana obesiti mengakibatkan pelbagai kesan jangka panjang negatif yang termasuk sindrom metabolik, diabetes dan tekanan darah tinggi – kesemuanya akan mengurangkan kualiti hidup anda,” kata Sridhar Rajagopalan, Pengurus Besar Sub-Wilayah, Herbalife Malaysia & Singapura.

“Dengan Fun Run 5KM Hari Herbalife Nutrition, kami berharap agar dapat menggalakkan semua orang untuk mula mengamalkan tabiat pemakanan yang lebih baik dan melalui acara seperti ini, kami juga mahu menggalakkan semua orang untuk mula mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif sebagai sebuah keluarga dan sebagai satu komuniti,” tambah beliau.

Menurut laporan “Menangani Obesiti di ASEAN” oleh Unit Economist Intelligence pada tahun 2017, prevalens obesiti di kalangan warga Malaysia adalah pada kadar 13.3 peratus, manakala berat badan berlebihan adalah pada kadar 38.5 peratus. Kaji selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, menunjukkan bahawa 7% daripada kanak-kanak di bawah umur lima tahun memiliki berat badan yang berlebihan akibat peningkatan pengamalan gaya hidup sedentari oleh warga Malaysia. Ini telah menyebabkan peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis dan penyakit kardiovaskular.

“Trend ini memang membimbangkan, tetapi kita perlu ingat bahawa kita mempunyai cara untuk memerangi masalah ini. Kita perlu sedar mengenai kesan buruk obesiti dan menyedari bahawa terdapat pelbagai cara untuk menghalangnya – bermula dengan pemakanan yang betul sepertimana yang diperlukan oleh badan anda,” kata Steven Chin, Pengurus Besar, Herbalife Nutrition Malaysia.

“Sebagai penyokong gaya hidup yang aktif dan sihat, kami gembira kerana dapat menganjurkan Fun Run 5KM Hari Herbalife Nutrition kerana inilah cara kami berhubung dengan masyarakat di sekeliling kami di samping menggalakkan mereka untuk mengambil langkah pertama dalam memerangi obesiti,” katanya lagi dengan penuh semangat.

Acara di Kuala Lumpur ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh wakil-wakil Herbalife Malaysia, diikuti dengan sesi memanaskan badan yang dipimpin oleh Edan Syah sebelum Larian dimulakan pada jam 7.30 pagi. Edan dinobatkan sebagai pelari maraton terpantas Malaysia pada tahun 2016 dan dianugerahi gelaran ‘Pelari Maraton Terpantas Asia Tenggara’ dan ‘Warga Malaysia Terpantas’ di Maraton Lapangan Terbang Gold Coast tahun lepas. Selepas maraton tamat, beliau telah menjalankan sesi menyejukkan badan bersama para peserta lain.

Sesi cabutan bertuah telah menambahkan keseronokan untuk individu dan keluarga yang menyertai larian. Para pemenang telah membawa pulang pelbagai hadiah termasuk fon kepala tanpa wayar, skala Tanita dan pembesar suara Bluetooth.

Selaras dengan usaha mereka untuk menggalakkan gaya hidup aktif yang sihat, Herbalife Nutrition juga telah melancarkan satu Pusat Kecergasan di pejabat Kuasala Lumpur mereka bagi memastikan bahawa kakitangan Herbalife diberikan setiap peluang untuk menjaga kesihatan melalui pemakanan seimbang dan senaman.