Pengasas permainan League of Legends (LOL), Riot Games telah mengumumkan bahawa julung kalinya sukan ini akan dijadikan salah satu acara rasmi dalam Sukan Asia 2018 akan datang di Indonesia.

Menurut Ketua Komersial Riot Esports, Jarred Kennedy dalam satu kenyataan, ianya menjadi suatu penghormatan bagi sukan ini yang diikitiraf  dalam sukan Asia.

Dalam pada itu, Riot Games akan bekerjasama dan menjadi bakal penasihat Majlis Olimpik Asia dan negara yang bersekutu dalam menganjurkan kejohanan tersebut dan memilih format bagi memilih wakil negara masing-masing.

Dengan populariti Liga  ini yang luas di Asia, peminat permainan ini akan diberikan peluang sekali untuk menonton pemain asal dan pasukan yang mewakili negara mereka, atau bolwh melibatkan diri dalam peringkat yang tinggi.

Hal ini turut memberi peluang bagi Esport dunia memasuki saluran utama dalam indsustri sukan.

“Mewakili negara di Sukan Olimpik adalah suatu mimpi indah untuk atlet di seluruh dunia, dan dengan cara tersebut, ianya akan menjadikan mimpi itu lebih dekat dengan realiti. Salah satu realiti itu adalah dari sukan LOL,” tambah Kennedy.

45 buah negara yang menyertai permainan ini diwakili lima orang pemain dalam satu pasukan akan berentap di pusingan kelayakan serantau pada Jun nanti. Kelayakan itu menentukan lapan buah pasukan bakal meneruskan saingan mereka ke acara utama di Jakarta.

Sementara itu, Sukan Asia tahun ini akan berlangsung di Jakarta-Palembang, Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 September.

Sukan Asia diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa sebagai sukan kedua yang terbesar di dunia, dengan 462 acara dari 45 buah negara peserta pada tahun ini.

Kemasukan Esport ke Sukan Asia pada awalnya diumumkan pada April tahun lepas, ketika Gergasi Internet Cina, Alibaba bekerjasama dengan Majlis Olimpik Asia.

Selain League of Legends, Riot Games turut menganjurkan sukan lain seperti Hearthstone, Pro Evolution Soccer, Clash Royale, dan Arena of Valor dan sebagainya.