Selepas dikejutkan dengan kekalahan ke atas pemain muda, Brice Leverdez di Kejohanan Dunia Glasgow tempoh hari, DATUK Lee Chong Wei berdepan cerita yang sama apabila beraksi di Siri Terbuka Jepun yang berlangsung di Tokyo, Jepun.

Lee Chong Wei sekali lagi hampir dikejutkan dengan skrip yang sama apabila terpaksa berhempas pulas untuk menundukkan lawan dari Hong Kong, Vincent Wong 21-15, 16-21, 21-17 dengan tempoh perlawanan memakan masa hampir satu jam.

Tampak kelihatan berikutan kekalahan kepada Leverdez tempoh hari memberi kesan yang dalam buatnya.

“Saya bermain dengan tidak bagus hari ini, selepas aksi Kejohanan Dunia saya ibarat hilang rentak dan keyakinan apabila dikejutkan dengan kekalahan awal di kejohanan itu.” Akuinya.

Tambahnya lagi, dia bermain tanpa keyakinan yang sepenuhnya pada aksi menentang Vincent Wong dengan banyak melakukan kesilapan yang menyebabkan dia (LCW) tumpas pada set kedua ke tangan pemain muda Hong Kong itu.

Chong Wei juga mengharapkan selepas kemenangan ini, dia dapat temui rentak sebenarnya yang dijangka akan bertemu Tomy Sugiarto sekepas berjaya menumpaskan pemain dari negara China Qiao Bin dengan kemenangan 21-17, 21-15.

Berdasarkan rekod pertemuan antara mereka, Chong Wei mempunyai kelebihan untuk menang dengan rekod pertemuan sebanyak 15 kali yang menyebelahi Chong Wei dengan memenangi kesemua perlawanan berdepan Tomy Sugiarto.

Sementara itu, beregu lelaki negara Tei Ee Yi – Ong Yew Sin turut mengikut jejak langkah Chong Wei yang menumpaskan pasangan beregu dari Thailand, Supak Jomkoh – Pakin Kuna Anuvit dengan kemenangan 21-17, 18-21, 21-15.

Turut cemerlang, pemenang pingat perak Sukan Sea, Sonia Cheah juga mara ke pusingan kedua selepas berjaya menewaskan Lee Chia Hsin dari Taiwan dengan kemenagan dua set 21-13, 21-18.

foto kredit: Asiana.MY