Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke pusingan kedua dalam kejohanan Terbuka Denmark, awal pagi tadi.

Sebagai pemain pilihan ketujuh dalam kejohanan, LCW menundukkan pemain dari Sepanyol, Albion Abian dengan dua set 21-12, 21-16 dalam pusingan pertama dalam tempoh 37 minit.

LCW bakal menentang pemain India, HS Prannoy dalam pusingan kedua bagi merebut slot ke suku akhir yang dijangka berlangsung tengah malam ini.

Bagi pasangan beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean bermula cemerlang apabila mara pusingan kedua selepas berjaya menumpaskan pasangan India, Ashwini Ponnappa-Reddy N Sikki 15-21, 21-18, 23-2.

Mereka akan bertemu pilihan kelapan dari Jepun, Naoko Fukuman-Kurumi Yanao pada aksi pusingan kedua.

Sementara itu, pasangan wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei tidak berjaya untuk meneruskan kejohanan selepas tewas di tangan beregu wanita China, Huang Dongping-Li Yinhui 17-21, 14-21 yang dipilih sebagai pilihan kelima kejohanan.

Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang menjadi wakil tunggal negara layak ke pusingan kedua akan bertemu Wang Yilyu-Huang Dongping.

Foto Kredit: Badminton Planet