Kejohanan Swashbucklers Fencing Duel terus mendapat penajaan

 

Sukan lawan pedang sebelum ini bukanlah sukan yang popular di Malaysia. Namun begitu, pencapaian pasukan lawan pedang negara menggondol 2 emas di Sukan SEA 2011 serta kejayaan Yu Peng Kean melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik 2012 telah mengubah persepsi tersebut.

Lawan pedang kini semakin meniti dibibir peminat sukan tanahair. Kementerian Belia & Sukan (KBS) juga telah merancang untuk terus membangunkan sukan ini dengan lawan pedang dilihat mampu menjadi prospek Sukan Olimpik 2016.

Sejajar dengan perkembangan positif ini, Swashbucklers Fencing Club (SFC) dengan kerjasama Tunku Abdul Rahman College (TARC) akan menganjurkan kejohanan Swashbucklers Fencing Duel 2012 pada 27 dan 28 Oktober ini di Kompleks Sukan TARC. Kejohanan yang masuk edisi kelima ini terus mendapat sokongan penaja selepas terdapat peningkatan penyertaan berbanding tahun lepas.

“Tahun ini kita mendapat 100 penyertaan dari segenap lapisan umur. Malah edisi kali ini turut disertai peserta-peserta antarabangsa seperti dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Australia” kata pengarah kejohanan, Annie Foo.

Ketika ditanya mengapa hanya acara epee sahaja dipertandingkan, Annie berkata walapun epee dilihat agak mudah berbanding foil dan sabre, namun acara ini sebenarnya sangat sukar untuk menguasainya.

“Selain itu, acara epee juga mudah untuk difahami buat mereka yang baru hendak menceburi sukan ini dan itulah objektif utama kejohanan ini dilakukan; menggalakkan lagi perkembangan sukan lawan pedang dikalangan masayarakat” kata Annielagi.

Penganjuran kejohanan yang meliputi 4 kategori individu dan 2 kategori berpasukan ini turut memberi peluang buat pelajar-pelajar Sains Sukan Kolej TARC mengaplikasikan pembelajaran mereka serta memberi pengalaman baru dalam menganjurkan acara sukan.

Untuk maklumat lanjut tentang kejohanan ini, layari laman web www.fencing4all.com serta facebook.com/SwashbucklersFencing.