Malaysia yang kini sudah layak ke peringkat round robin Piala Asia menggunakan baki perlawanan sebagai latihan pemanas badan buat para pemain.

“Speedy Tiger ” yang sebelum ini buas membenam China 7-1 lalu meneruskan prestasi baik dengan menewaskan juara bertahan, Korea Selatan, 2-1.

Malaysia yang mengetuai Kumpulan B akan menentang Oman di Dhaka, petang ini.

Skuad Malaysia masih lagi memperbaiki kelemahan dalam setiap pergerakan mereka, terutama dalam pukulan sudut penalti.

Sementara itu, Oman memerlukan sentuhan magis agar dapat dapat menewaskan Malaysia yang kini mengumpul mata penuh untuk berada di tangga teratas liga.

Oman yang sebelum ini pernah memasuki Piala Asia sebanyak dua kali dan kali terakhir di Ipoh pada tahun 2013.

Skuad Oman gusar menentang skuad negara pada perlawanan akhir kumpulan nanti.

Foto kredit: Twitter ( MHC Hockeymalaysia)