Atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly mempertahankan emas  pada tahun 2015 di Kejohanan Olahraga Para Dunia di London, pada Ahad.

Rekod terbaru 7.37 meter (m) yang diciptanya ini sekali gus merupakan rekod baru kejohanan, mengatasi rekod lamanya di Doha 2015 dengan catatan 7.35 meter (m).

Keputusan yang membanggakan ini pastinya menjadi tonik berharga sebelum menyertai Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017).

Catatan Latif bagaimanapun belum mampu menyamai lompatan terbaik peribadinya yang juga rekod dunia iaitu 7.60 meter yang dicatat pada Sukan Paralimpik di Rio tahun lalu. 

Sementara itu, pingat perak dimenangi atlet Croatia, Zoran Talic dengan catatan 7.32 meter (m) manakala Dmytro Prudnikov dari Ukraine meraih pingat gangsa dengan catatan 7.12 meter (m).