Selepas kejayaan Illumi Run di Singapura,Australia dan China, kini Syarikat Infitus Production Pte Ltd melebarkan sayapnya ke Malaysia selepas pengumuman pelancaran program itu di Sunway Velocity, Cheras hari ini.

Syarikat itu dengan kerjasama penaja, MPI Generali Insurans Berhad menganjurkan acara larian yang julung kalinya diadakan dengan bertujuan menanam sifat hidup sihat dalam kalangan komuniti Malaysia.

Program ini akan berlangsung pada 13 Januari 2018 pada hari Sabtu di Selangor Turf Club, Kuala Lumpur dimana penganjur menjanjikan keseronokan yang bersih dan bermanfaat.

“Acara larian ini diibaratkan seperti sambil menyelam ,minum air kerana bukan sahaja kita dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan , malah kita dapat membantu pada yang memerlukan “, kata Jaffery Foo, Pengarah Infinitus Production Pte Ltd.

Melalui program ini, sebahagian daripada yuran akan dijadikan sebagai dana kepada S.O.S Kids, sebuah badan komuniti di Sarawak.

Badan komuniti tersebut membantu meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak dan mereka yang memerlukan di sana.

“Kami juga menganggarkan penyertaan sebanyak 8000 penyertaan dari rakyat Malaysia”,katanya.

Program Ilumni Run dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti “Ilumni Water Glow” dan terdapat juga konsert yang menampilkan artis daripada dalam dan luar negara untuk para peserta