Putrajaya: Seramai 62 pejuang kanser ‘berperang’ menyertai MAKNA Founder’s Night Run (MFNR) di
Dataran Presint 3, Putrajaya, Sabtu lalu.

Larian yang bermula pada jam 8 malam itu disertai lebih 4,000 orang peserta yang ratanya datang
dari setiap pelusuk negara.

Presiden MAKNA, Dato’ Mohd Farid Ariffin berkata ini adalah kali ketiga penganjuran yang
bertemakan “Impian,Realiti dan Legasi” dengan sambutan yang amat mengalakkan.

Menurutnya, larian ini juga menjadi penyuntik semangat dan dorongan buat pesakit kanser untuk
mengamalkan gaya hidup sihat.

Para peserta larian menyokong segala usaha yang dilakukan MAKNA untuk membantu dan
mencegah kanser serta membantu dari segi dorongan buat para pejuang yang hadir di MFNR.

Pejuang kanser dan atlet sukan paralimpik ,Ahmad Nazri Hamzah berkata,“Acara sebegini memberi
impak positif kepada saya sebagai pesakit, malah saya juga dapat bertemu dengan ramai pejuang
kanser yang lain. Bagi saya, kanser bukan penghalang seseorang itu untuk terus berjaya dalam kehidupannya”.

Acara larian anjuran Majlis Kanser Negara (MAKNA) kali ini menampilkan tiga kategori larian sejauh
21km, 12km dan 5km.

Foto: Dunia Sukan