Misi ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, 35 menjulang Kejohanan Dunia PSA 2018/2019 terpaksa dilupakan sejurus tewas kepada Camille Serme dari Perancis di pusingan ketiga, awal pagi tadi.
Pertembungan yang berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat itu menyaksikan Nicol bermula dengan baik apabila menang set pertama dengan rekod 11-9.
Dia bagaimanapun tersungkur pada tiga set seterusnya selepas pemain kelima dunia itu bangkit dengan keputusan 4-11, 4-11,5-11 dalam aksi yang berlangsung selama 41 minit.
“Set pertama merupakan perlawanan penting buat saya, tetapi dia bangkit dan berusaha keras untuk mencari rentak dalam permainan.
“Saya seronok bermain dengannya kerana ia adalah sesuatu yang mencabar … dia bermain dengan baik hari ini. Dia seorang pemain hebat,” kata Nicol selepas perlawanan.
Sebagai rekod, pemain di ranking 21 itu bermula dengan baik apabila berjaya menyingkirkan Menna dari Nasir di pusingan pertama dan Millie Tomlison dari England di pusingan kedua.
Selain itu, jaguh kelahiran Pulau Pinang ini turut mengumumkan persaraannya pada penghujung musim nanti dimana dia merupakan juara dunia lapan kali kejohanan berkenaan iaitu pada 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014.
Foto: freemalaysiatoday