Datuk Lee Chong Wei (LCW) berjaya mara ke pusingan seterusnya dalam perlawanan badminton Terbuka Indonesia selepas berjaya menewaskan perseorangan lelaki Indonesia, Tommy Sugiarto baru-baru ini.

LCW yang juga merupakan juara bertahan pada tahun 2016 berhempas-pulas menentang wakil tuan rumah sebelum mencatat kemenangan 13-21, 21-10, 21-18 di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC).

Manakala pada pusingan kedua, Datuk Lee Chong Wei bakal bertemu pihak lawan antara Anthony Sinisuka Ginting (Indonesia) atau HS Prannoy (India).