Bekas pemain Chelsea, Frank Lampard kini sah dilantik selaku jurulatih baru Derby County dengan kontrak selama tiga tahun. Derby County merupakan sebuah pasukan yang bermain dalam saingan liga England Championship dan mereka telah menamatkan saingan dikedudukan keenam liga musim ini.

Nama Lampard di England tidak perlu diperkatakan lagi kerana beliau cukup terkenal dalam saingan Liga Perdana English (EPL) ketika mewakili Chelsea dan England. Malah beliau juga telah membantu kelab tersebut memenangi beberapa kejuaraanutama seperti EPL, Liga Juara-Juara, Liga Eropah dan beberapa kejuaraan yang lain.

Pengalaman yang ada pada Lampard sudah tentu ditagih untuk membantu pasukan Derby County bagi memberi saingan pada musim hadapan sekali gus membantu Derby County naik ke liga utama, EPL.

Ini merupakan pengalaman pertama Lampard menjadi jurulatih setelah bersara dan menjadi pengulas bola sepak. Mampukah Lampard membantu Derby County pada musim hadapan?

Foto Kredit : Derby County