Connect with:




Kontroversi melanda sekali lagi di kejohanan olahraga Sukan Malaysia Perak (Sukma) dalam acara jalan kaki lelaki 10 000, semalam.

Pengarah Pertandingan Olahraga Sukma 2018, R. Govindaraju mengesahkan perkara tersebut selepas keputusan juri  untuk menarik balik kemenangan yang dicipta Premkumaar dalam acara tersebut kerana dia dikatakan telah menyiku Mior  Mior Muhammad Amerul Mohd Sahak ketika saingan berbaki 100m.

Keputusan untuk membatalkan kelayakannya dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa perlawanan yang menyaksikan tujuh ahli juri sebulat suara bersetuju bahawa Mior dikreditkan dengan kemenangan.

Mior mencatatkan 48 minit 48.030s, Irfan Hanania Abdul Shahir (50: 07.410s) dan Nurhafiy Nasrul Zulkarnain (51: 17.710s) masing-masing merangkul pingat perak dan gangsa.

Sementara itu, Premkumaar berkata dia akan memfailkan rayuan untuk mendapat semula kemenangannya.

Terdahulu, acara berjalan kaki wanita 5000m itu dicemari isu kontroversi membabitkan Nurul Alyahaziqah dari Kelantan kerana membengkokkan kaki serta berlari anak (floating) sebanyak dua kali dalam perlumbaan berkenaan menyaksikan pegawai teknikal melayangkan kad merah.

Foto Kredit: Ipoh Echo