Connect with:




Keputusan Mesut Ozil untuk bersara dari bola sepak antarabangsa atas dakwaan perkauman telah mencetuskan serangan mental dari legenda Jerman, Uli Hoeness, yang mendakwa bintang Arsenal kurang berprestasi selama bertahun-tahun.

Presiden Bayern Munich, Hoeness, pemenang Piala Dunia pada 1974, mendakwa pasukannya sentiasa bermain berdekatan Ozil kerana dia adalah ‘titik lemah’.

“Dia telah bermain teruk selama bertahun-tahun,” Hoeness memberitahu Bild.

“Kali terakhir dia pamerkan aksi baik sebelum Piala Dunia 2014. Sekarang dia dan prestasinya yang buruk bersembunyi di sebalik gambarnya.

“Setiap kali Bayern bermain menentang Arsenal, kami akan bermain berdekatannya kerana kami tahu itu adalah titik lemah mereka.

”Pengikutnya 35million (di media sosial) – yang tidak wujud di dunia nyata – yakin bahawa dia telah bermain dengan bagus.”

‘Pembangunan sukan di negara kita boleh diibaratkan sebagai suatu bencana. Anda perlu kembali kepada sukan. Namun, dari sudut pandangan sukan, Ozil tidak mempunyai tempat dalam pasukan kebangsaan selama bertahun-tahun.” tambahnya.

Ozil mengumumkan persaraannya dari bola sepak antarabangsa pada hari Ahad, dalam satu kenyataan yang panjang selain menjelaskan alasannya termasuk tuduhan perkauman oleh pihak bola sepak Jerman.