Connect with:




Bekas pemain terbaik bolasepak dan benua Afrika, George Weah dilihat akan menjadi Presiden Liberia selepas memenangi Pilihan Raya Presiden sentar tadi.

Menurut BBC, kejayaannya dalam pasukan AC Milan, Chelsea, Monaco, Manchester City, Marseille dan Paris St. Germain pada zamanya itu tampak mendapat sambuta hangat dan penuh kegembiraan oleh para penyokongnya di beberapa jalan utama di bandar tersebut.

 

Dia dilihat akan menggantikan kepimpinan Ellen Johnson Sirleaf yang juga merupaka presiden wanita pertama di benua Afrika selama sedekad lalu.

 

Weah juga pernah memenangi anugerah Ballon d’Or pada tahun 1995 dan tiga kali diangkat sebagai pemian terbaik Afrika.