Bintang bola sepak Perancis, Alexandre Lacazette kian menunjukkan perkembangan positif bersama Arsenal dengan menjaringkan satu gol ketika menentang Sevilla dalam aksi Piala Emirates.

Pengurusnya, Arsene Wenger berkata, Lacasette terus menunjukkan perkembangan positif sejak dibeli dari Kelab Ligue 1 Perancis, Olympique Lyon.

“Secara keseluruhan penampilannya kian memberangsangkan, dia sudah berjaya menyesuaikan diri dengan pemain lain.

Walaupun permainan kami sedikit mendatar dalam perlawanan ini, tetapi dia berjaya menunjukkan perkembangan positif yang saya mahukan,” katanya.

Bagaimanapun, Wenger tetap akui masih banyak ruang yang boleh diperbaiki pemain berusia 26 tahun tersebut.

Tambahnya, peminat perlu memberi peluang kepada Lacazette untuk menyesuaikan diri bersama “The Gunners” bagi menghadapi saigan Liga Perdana Inggeris musim ini.