Connect with:




Saingan LaLiga akan kembali beraksi tidak lama lagi. Javier Tebas mengesahkan dalam satu temu bual dengan rancangan El Partidazo #VolverEsGanar di Movistar, penyiar LaLiga di Sepanyol. Presiden LaLiga mengumumkan bahawa permainan bolasepak akan dianjurkan pada setiap hari dalam seminggu, dan beliau turut mengesahkan waktu sepak-mula untuk perlawanan pertama dan kedua akan kembali.

Tiada keseronokan yang menanti kita dalam beberapa hari mendatang, dengan pertembungan perlawanan seperti Athletic Club vs Atletico de Madrid dan perlawanan antara dua pasukan dari Valencia, Valencia CF menentang Levante UD, yang akan bermain pada hari pertama perlawanan selepas persaingan dimulakan semula.

Presiden LaLiga juga mendedahkan projek untuk melibatkan peminat-peminat LaLiga dalam pelawanan yang akan dianjurkan secara tertutup buat masa ini. Inisiatif The Applause to Infinity ini dimana tepukan para peminat dari seluruh dunia akan dimainkan di stadium pada minit ke-20 perlawanan.

Sepak-mula dalam tiga slot masa, dengan fleksibiliti

Antara berita yang didedahkan oleh Javier Tebas adalah pengumuman waktu sepak-mula rasmi untuk perlawanan pertama dan kedua, dan juga pengesahan bahawa akan ada tiga slot masa untuk perlawanan yang akan disesuaikan berdasarkan kepada keadaan cuaca, khususnya suhu tinggi.

Bermula sekarang hingga ke akhir musim, pada hari bekerja akan menampilkan slot perlawanan biasa pada pukul 19:30 dan 22:00 Waktu Eropah Tengah (CET), sementara waktu perlawanan biasa untuk perlawanan hujung minggu adalah 17:00, 19:30 dan 22:00 CET. Slot pertama ini akan dikhaskan untuk perlawanan yang akan berlangsung di utara Sepanyol, di mana suhu pada bulan Jun dan Julai lebih rendah daripada seluruh negara. Di samping itu, jika keadaan cuaca baik, satu lagi slot perlawanan hujung minggu akan disenaraikan pada 13:00 CET. Lebih 40 perlawanan LaLiga Santander dan LaLiga SmartBank dirancang untuk setiap minggu.

Perlawanan Sevilla FC vs Real Betis akan disiarkan pada hari Khamis, 11 Jun jam 22:00 CET untuk memulakan hari perlawanan LaLiga Santander yang ke 28, manakala perlawanan Elche CF vs Extremadura UD, CF Fuenlabrada vs CD Tenerife dan Malaga CF vs SD Huesca akan memulakan hari perlawanan yang ke 32 untuk LaLiga SmartBank pada hari Jumaat, 12 Jun jam 19:30 CET.

Pemain-pemain dan perlawanan terbaik di dunia kini kembali, dengan LaLiga Santander dan LaLiga SmartBank akan kembali ke padang sekali lagi. Bermula 11 Jun, LaLiga akan kembali ke BeIN Sports di Malaysia.

Applause to Infinity: Penghormatan oleh LaLiga, kelab-kelab dan peminat-peminat kepada wira-wira COVID-19

Selain masa sepak-mula, presiden LaLiga juga melancarkan projek Applause to Infinity, satu inisiatif yang akan melibatkan peminat-peminat LaLiga dari seluruh dunia dan memberikan penghormatan kepada wira-wira yang berjuang bagi mengatasi pandemik kesihatan global sekarang.

Permulaan semula musim liga akan menyaksikan semua pasukan LaLiga terpaksa bermain secara tertutup disebabkan oleh langkah-langkah yang diambil untuk menangani pandemik tersebut. Applause to Infinity, bagaimanapun akan memastikan kehadiran peminat-peminat dirasai pada setiap pertandingan LaLiga Santander dan LaLiga SmartBank, dengan tepukan mereka bergema di stadium pada minit ke-20.

Untuk tujuan ini, LaLiga telah mewujudkan www.applausetoinfinity.com di mana peminat-peminat dari seluruh dunia dapat memuat naik aksi tepuk tangan untuk menyokong kelab mereka dan juga wira-wira pandemik COVID-19. Runut bunyi akan dibuat dengan menggunakan bunyi-bunyian dari seluruh dunia dan dimainkan di stadium pada minit ke-20 perlawanan. Aksi tepuk tangan akan membantu membangunkan bunyi-bunyian untuk memperingati usaha berani wira-wira bagi mengatasi krisis ini.

“Penyokong-penyokong di stadium melengkapi permainan bola sepak tetapi kini, atas alasan di luar kawalan mereka, mereka tidak akan dapat berada di sana. Kami telah membuat inisiatif ini untuk membantu peminat-peminat menjadi sebahagian dari kembalinya LaLiga dan juga sebagai peluang bagi mereka untuk menunjukkan sokongan mereka kepada wira-wira pandemik COVID-19. Kami mahu mereka merasa dekat dengan pasukan mereka, walaupun mereka tidak dapat berada di stadium untuk bersorak, dan agar pemain-pemain dapat merasakan sokongan peminat-peminat mereka,” kata Javier Tebas.