Connect with:




Bintang tenis Australia berketurunan Melayu-Greek, Nick Kyrgios yang dilabel sebagai ‘budak jahat’ dalam sukan tenis sekali lagi menjadi topik hangat selepas mengamu di Terbuka Itali, semalam.

Ketika menentang Casper Ruud di pusingan kedua, Kyrgios membuat aduan kepada pegawai pertandingan ekoran terdapat penonton yang berjalan ketika dia melakukan servis.

Pengadil bagaimanapun mengarahkan Kyrgios untuk menjaga kelakuan sebelum dikenakan penalti.

Bengang dengan tindakan tersebut, Kyrgios menghempaskan raketnya ke tanah sebelum melemparkan kerusi ke dalam gelanggang.

Insiden tersebut berlaku sehari selepas Kyrgios mencipta kontroversi menempelak Novak Djokovid dan Rafael Nadal dalam temubual bersama media.

Kyrgios yang kini menduduki ranking ke-34 dunia sebelum ini telah didenda berkali-kali ekoran kelakuan tidak sopan yang ditunjukkan ketika beraksi di atas gelanggang.

Pada 2016, Malaysia Airlines telah membatalkan kerjasama mereka dengan Kyrgios ekoran kelakuan buruknya yang dilakukan di Kejohanan Shanghai Rolex Masters.

KREDIT FOTO: (Adam Pretty/Getty Images)