Gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) raih kemenangan 5-0 dengan mudah menentang Anderlecht namun bek kiri, Layvin Kurzawa mencuri perhatian awal pagi tadi dengan meledak hatrik.

Kemenangan itu bermakna PSG telah mara ke pusingan kedua kalah mati Liga Juara-Juara dengan baki dua perlawanan menentang Celtic dan Bayern Munich.

PSG beraksi dengan cemerlang dalam kempen elit Eropah pada musim ini dengan memenangi keempat-empat perlawanan Kumpulan B, menjaringkan 17 gol dan tidak dibolosi.

 

PEMAIN PERTAHANAN YANG MENJARINGKAN GOL TERBANYAK SEPANJANG MASA

Fernando Hierro

Foto Kredit: Listal

Walaupun Iker Casillas merupakan kapten Sepanyol yang paling berjaya, Fernando Hierro sememangnya paling hebat. Ia bukan sahaja kepimpinan atau kemahiran pertahanan yang menbuatnya menjadi mimpi ngeri untuk para penyerang tetapi keupayaannya untuk menjaringkan gol dari pelbagai jenis sudut.

Hierro sangat mahir dalam menandukkan bola ke dalam gawang pihak lawan dan merupakan pengambil utama sepakan penalty dan sepakan percuma buat Real Madrid. Sepanjang kariernya, Hierro telah meledak 163 gol untuk menjadi pemain pertahanan yang terbaik buat Sepanyol.

 

Daniel Passarella

Foto Kredit: Pintrest

Ramai yang mengatakan bahawa pemain yang pendek akan menghadapi kesukaran untuk bermain bola sepah, apatah lagi menjadi permain pertahanan namun Daniel Passarella telah memecah stereotaip itu menjadi seribu keping.

Bekas pemain Argentina itu merupakan lambang pertahanan yang sempurna, seorang yang mempunyai teknik yang bagus, pintar dalam membaca corak permainan dan merupakan pemimpin di belakang. Passarella juga mempunyai keupayaan yang mengejutkan dalam mencetak gol menerusi tandukkan.

Malah, di bawah kepimpinannya Argentina julang Piala Dunia pada tahun 1978. Kebolehannya dalam menjaringkan gol merupakan sifat bonus baginya dengan meledak 175 gol sepanjang kariernya yang mulia dan kebanyakkan dating dari tandukkan kepala.

 

Ronald Koeman

Foto Kredit: FC Barcelona

Dukacitanya telah dipecat sebagai pengurus kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton namun Ronald Koeman memegang rekod sebagai pemain pertahanan yang menjaringkan gol terbanyak. Ketika zamannya sebagai pemain bola, Koeman sering mengejutkan pasukan dengan bakatnya dalam menjaringkan gol.

Merupakan pemain yang serba boleh dalam posisi tengah dan pertahanan namun sering bermain di benteng pertahanan atas kemampuannya yang luar biasa dengan bola dengan hantaran dan sepakan jarak jauh, terutama pada sepakan percuma.

Dalam kariernya yang melihat dia meraih banyak trofi bersama PSV, Ajax dan Barcelona, dia melakar sejarah sebagai pemain pertahanan yang menjaringkan gol terbanyak sepanjang masa dengan meledak sebanyak 253 gol. Sehingga hari ini, tiada lagi pemain yang berjaya mendekati rekod miliknya.

 

Foto Kredit: Twitter (PSG Officiel)