Connect with:




Jika anda seorang yang kerap hadir ke Wisma FAM di Kelana Jaya, pasti anda tahu mengenai kewujudan sebuah gerai kuew teoy yang cukup popular di hadapan bangunan tersebut.

Kuew Teoy ‘Aunty Gemok’ di dalam Restoran Jamal boleh dikatakan sebagai antara kuew teoy pilihan ramai di sekitar Petaling Jaya.

Kuew Teoy yang dimasak oleh ‘Aunty Gemok’ atau Aunty Ah Hi ini menggunakan bahan halal selain disediakan sambil duduk sahaja.

Semalam, Aunty Ah Hi telah pun menghembus nafas terakhirnya. Pemergian beliau menjadi kehilangan yang besar untuk mereka yang sering berkunjung ke Wisma FAM seperti para wartawan serta pemain-pemain kebangsaan.

Berikut antara coretan penghormatan orang ramai termasuk hos Astro Arena, Dayang Zainatull serta exco FAM, Christopher Raj dan pemain futsal kebangsaan, Steffi Sidhu terhadap mendiang Aunty Ah Hi.

Kami pastinya akan merindui Aunty Gemok. Terima kasih aunty atas kuey teow yang cukup enak selama ini.