Kuartet 4×100 meter lelaki negara berjaya memperbaharui rekod kebangsaan di Kejohanan Olahraga Terbuka Vietnam 2017 pada Khamis.

Dibarisi Muhammad Haiqal Hanafi, Jonathan Nyepa, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Khairul Hafiz Jantan, mereka mencatatkan rekod baharu dengan catatan 39.62s.

Catatan tersebut juga menghadiahkan mereka memenangi pingat emas pada kejohanan tersebut. 

Untuk semakan, rekod kebangsaan sebelum ini dicatatkan oleh gandingan Jonathan, Mohd Izzuddin Yahaya, Harith Ammar Mohd Sobri dan Nixson Kennedy dengan catatan 39.67s di Sukan SEA Singapura.

Pada temasya dwitahunan di Singapura, kuartet Thailand meraih pingat emas dengan kepantasan 38.99s, Singapura selaku pemenang perak (39.24s) sementara gangsa dibawa pulang Indonesia (39.32s)