Pemain tengah Jerman, Toni Kroos menyalahkan rakan sepasukannya ekoran kekalahan kepada Brazil tempoh hari, namun jurulatih, Joachim Loew bertegas skuad kendaliannya akan bersedia menghadapi Piala Dunia.

Ini selepas kapten, Jerome Boateng tampil mengkritik dengan berkata ‘sagala-galanya’ perlu diperbaiki selepas keputusan seri 1-1 menentang Sepanyol, minggu lalu, Kroos melakukan perkara yang sama selepas kekalahan 1-0 di Berlin, semalam.

Jerman yang dikatakan bermain di bawah tahap sebenar tumbang menerusi jaringan tunggal Gabriel Jesus pada babak pertama sekali gus menamatkan 22 perlawanan tanpa kalah sejak separuh akhir Euro 2016.

“Kami memiliki beberapa pemain di atas padang yang berpeluang untuk membuktikan diri mereka di tahap ini tetapi tidak menggunakannya.

“Selepas itu kami dapat lihat kami bukanlah sebagus yang diberitahu. Ia jelas tidak cukup daripada kami semua,” ujar pemain Real Madrid itu.

Sebelum mencata keputusan seri dengn Sepanyol, mereka turut diikat oleh Perancis dan juga England sekali gus gagal mencata kemenangan dalam empat perlawanan terakhir ketika Piala Dunia hanya tinggal tiga bulan. -AFP

Sumber : Utusan Online

Foto Kredit : fifa(dot)com