Connect with:




Baru berusia 23 tahun, Sardar Azmoun merupakan pemain Iran yang disegani. Dia banyak mencipta kejayaan dalam karier yang dicintainya itu. Piala Dunia, Piala Asia, kemudian maju ke Eropah dengan penampilannya di Liga Juara-juara UEFA sudah berada dalam genggamannya.

Bintang ini turut dianggap sebagai penyerang terbaik di Eropah dan berpotensi untuk mempunyai masa depan yang lebih cerah suatu hari nanti.

Namun, pada Piala Dunia 2018, ia menjadi titik tolak hitam yang tragis buat pemain ini. Dia yang turut menjadi tumpunan orang ramai gagal menjaringkan sebarang gol ketika berada di sana. Hanya seorang pemain Iran sahaja yang berjaya menjaringkan gol apetah lagi jaringan tersebut merupakan dari sepakan penalti.

Bukan itu sahaja, berada dalam kumpulan yang sukar dengan Sepanyol, Portugal dan Maghribi memberi tekanan buat Azmoun untuk mencapai matlamat dan merealisasikan harapan penyokong. Tidak syak lagi pemain itu sememangnya kecewa kerana tidak berpeluang menjaringkan gol di Rusia dan terpaksa berusaha keras untuk dapat bertahan selama 90 minit dalam perlawanan.

Lebih mengharukan, dia menerima banya kecaman di media sosial hingga memberi kesan terhadap kesihatan ibunya, Azmoun memutuskan untuk bersara dari pasukan kebangsaan. Ianya merupakan realiti yang sedih kerana ketika itu, Iran begitu dekat dengan pusingan kedua dan bakal menjadi salah satu pencapaian terbesar sekiranya mereka berjaya mara dalam sejarah bola sepak Asia.

Mungkin suatu hari nanti dia akan kembali, tetapi bila? Mungkin juga ia adalah keputusan yang diambil dalam keadaan genting.

Dia berjaya ke Rusia dan telah banyak membantu pasukannya layak ke Liga Juara-Juara serta menjaringkan gol dalam kejohanan tersebut. Dia telah dikaitkan dengan kelab yang lebih besar dalam liga yang lebih baik. Pada usia 23 tahun, dia telah mengumpul banyak pengalaman antarabangsa yang mana sukar bagi seseorang pemain Asia untuk berada di tahap ini.

Namun, dia mengambil keputusan drastik untuk bersara hanya kerana kritikan yang melampau di media sosial sehingga menjejaskan kesihatan ibunya. Sampai bila isu seperti ini akan habis? Tepuk dada tanya selera!

Foto Kredit: IG Sardar Azmoun