Emylia Eliani Md Rahim merupakan pemain paling senior dalam skuad kriket wanita kebangsaan. Lebih mengagumkan, Emylia atau Emy adalah antara anggota skuad wanita yang pertama ditubuhkan sekitar 2004. Kini berusia 33 tahun, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini tetap setia untuk mencurah bakti kepada pasukan negara.

“Rakan-rakan saya yang lain semua sudah bersara, tinggal saya seorang dari skuad pertama yang ditubuhkan.

“Walaupun beraksi dengan mereka yang lebih muda, saya tidak mempunyai sebarang masalah. Saya dianggap sebagai kakak kepada mereka. Saya sedar itu satu tanggungjawab untuk saya dalam membimbing mereka” katanya yang berasal dari Ipoh.

Berceita mengenai kriket wanita di Malaysia, Emy melihat salah satu cara untuk memperkuatkan sukan ini adalah dengan mempunyai kelompok pemain yang besar.

Bagi merealisasikan perkara tersebut, dia benar-benar mengharapkan peranan media untuk membantu menarik lebih ramai penyertaan.

“Bantuan media dapat memberi maklumat kepada orang di luar sana. Ia sudah terbukti ketika Sukan SEA yang lalu. Selepas berita kami mendapat gangsa serta berita adik beradik suku Temiar iaitu Zumika dan Sasha Azmi, kami mula mendapat perhatian” kata Emy yang mahu terus beraksi sehingga perkhidmatannya dengan TLDM berakhir 7 tahun lagi.

UNTUK ARTIKEL PENUH, DAPATKAN MAJALAH DUNIA SUKAN EDISI 63 DI PASARAN