Connect with:




Harapan Malaysia untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Bolasepak Orang Buta terbantut selepas tewas 3-4 kepada Korea Selatan di peringkat kumpulan, awal pagi tadi di Stadium Hoki Tun Razak.

Walaupun mendahului 3-1 pada babak pertama, lawan berjaya bangkit pada separuh masa kedua untuk menewaskan skuad kendalian M. Shalesh sekaligus melenyapkan harapan negara untuk layak ke Piala Dunia di Sepanyol tahun hadapan.

Sebelum ini, pasukan negara tewas 0-2 kepada Iran. Malaysia akan beraksi menentang Jepun pada Ahad ini untuk perlawanan klasifikasi 5/6.

Dalam aksi separuh akhir yang akan berlangsung Sabtu ini, Iran akan menentang Thailand sementara Korea Selatan berdepan cabaran China.

Kejayaan keempat-empat negara ini layak ke separuh akhir telah mengesahkan empat slot ke Piala Dunia yang ditawarkan kepada zon Asia.