Connect with:




 

Pasukan badminton wanita Korea Selatan dan China melangkah ke separuh akhir apabila menewaskan lawan masing-masing di peringkat suku akhir dalam pertandingan Piala Uber sebentar tadi.

China yang turun dalam misi mengekalkan kejuaraan untuk kali kempat berturut berjaya menewaskan Denmark 3-1. Bagaimanapun Denmark berjaya mengejutkan China terlebih dahulu dengan kutipan mata pertama apabila pemain perseorangan mereka, Mia Blichfeldt menang dalam pertarungan tiga set ke atas Chen Yufei, 21-18, 13-21, 21-10.

Hasrat Denmark untuk kejutkan China tidak kesampain apabila mereka gagal menyekat kemenangan regu dan perseorangan wanita China sekali gus terpaksa akur dengan kekalahan kepada juara bertahan itu.

Skrip hampir sama terjadi dekat Korea Selatan apabila Canada berjaya memungut mata pertama mereka menerusi Michelle Li yang menewaskan Sung Ji Hyun 21-14, 21-15.

Perseorang wanita Canada, Rachel Honderich hampir-hampir memberi mata kedua untuk Canada namum terpaksa akur dengan kekalahan dalam pertarungan tiga set. Rachel tewas 13-21, 21-19, 15-21 kepada Lee Jang Mi sekali gus menyamakan kedudukan 1-1.

Regu wanita Korea Selatan yang turun selaku regu pertama tidak menghadapi masalah menewaskan regu Canada 21-10, 21-7 hanya dalam masa 25 minit.

Pertarungan kembali sengit apabila pemain perseorang ketiga Canada, Brittney Tam tidak memberi laluan mudah kepada lawannya Se Young An. Namun Brittney terpaksa akur apabila lawannya yang beraksi lebih baik apabila Se Young menang 21-13, 19-12, 21-11 dalam pertarungan tiga set.

Di separuh akhir nanti, China akan menunggu pemenang antara Indonesia atau Thailand dan Korea Selatan pula akan menentang pemenang antara Jepun atau Chinese Taipei.

Foto Kredit :