PUTRAJAYA-Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri tertekan apabila sukan ini terpalit dengan dua kontroversi yang berlaku dalam minggu ini.

Kontroversi doping dan kes rogol telah menyebabkan kebimbangan buat ibu bapa Dhabitah akan keselamatan anaknya untuk terus berlatih bagi menghadapi sesi Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2018.

Namun, atlet yang berusia 18 tahun itu tekad untuk berlatih memandangkan dia terlibat dalam dua acara antarabangsa yang akan berlansung pada bulan ini dan bulan depan.

Latihan yang biasa masih dijalankan dan segala urusan tentang kontroversi diserahkan kepada Persatuan Renang Malaysia dan Majlis Sukan Negara.

Nur Dhabitah akan bertanding dalam Grand Prix Antarabangsa di Pusat Akuatik Nasional,Bukit Jalil pada Oktober ini dan menghadapi satu sesi pemanas badan menjelang Sukan Komanwel di Gold Coast, November ini.

Atlet muda ini telah menjuarai acara 3 meter papan anjal seirama Sukan SEA di Bukit Jalil, Ogos lalu, dan turut akan mempertahankan gangsa Sukan Komanwel dalam acara 10m platform seirama yang dimenangi di Glasgow, tiga tahun lalu.

Sementara itu, atlet yang berjaya memenangi emas dalam Temasya Sukan Sea 2017 diraikan dalam Majlis Pemberian Insentif Atlet Wilayah Persekutuan dalam Sukan SEA Ke-29 (KL2017) dan Para ASEAN 2017 di Kementerian Wilayah Persekutuan.

Pemberian insetif sebanyak RM5,000 bagi pemenang emas individu, dan RM3,000 bagi berpasukan.

Sebanyak 130 daripada 874 atlet negara dalam KL2017 berasal dari Wilayah Persekutuan dan mereka menyumbang 33 emas, 20 perak dan 21 gangsa, sementara 37 atlet wilayah meraih tujuh emas dalam Sukan Para ASEAN, bulan lalu.

Foto Kredit: Facebook Dhabitah