Connect with:




Minggu ini merupakan minggu yang mencabar untuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila di palit dengan beberapa kontroversi yang boleh menjejaskan sukan itu.

Antara isunya, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mendapati terdapat dua orang pemain badminton Malaysia di dapati mengatur perlawanan dalam kejohanan yang disertai mereka.

Ini sudah tentu bukan sesuatu yang bagus untuk sukan badminton dan jika di dapati bersalah, mereka boleh di kenakan hukuman digantung seumur hidup dari menyertai mana-mana kejohanan. Dalam kes mengatur perlawanan, dua pemain itu bukan di bawah BAM dan mereka merupakan pemain yang bergerak secara bersendirian. Antara hangat di perkatakan adalah Zulfadzli Zulkiffli, pemain muda kebangsaan.

Beliau merupakan bekas juara Kejohanan Remaja Dunia pada 2011 dan jika benar beliau terlibat, Ini merugikan pasukan kebangsaan kerana bakal kehilangan pemain yang berkaliber.

Sebutan kes ini akan diadakan pada 26 dan 27 Februari ini di Singapura dan masa itu kita akan tahu pemain mana yang akan terlibat.

Satu lagi kontroversi adalah melibatkan pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang di dakwa terlibat dalam video seks yang tular. Namun beliau telah menafikan bahawa itu adalah beliau dan telah membuat laporan polis.

Foto Kredit : bookmaker(dot)com