Connect with:




Kepentingan salah seorang penyerang utama, Sadio Mane terhadap pasukannya, Liverpool bersedia menawarkan kontrak baharu yang lebih eksklusif buatnya.

Meskipun dia masih memilik kontrak selama tiga tahun, tetapi ia bakal diperbaharui dengan gaji lumayan sebanyak lebih kurang £100,000 (RM530,000) seminggu.

Lebih manis buat penyerang Senegal itu, jumlah yang ditawarkan meletakkannya standing dengan Mohamed Salah dan Roberto Firmino sebagai pemain menerima habuan terbanyak di kelab berkenaan.

Sementara itu, ejennya, Sasha Empacher sudah menemui Klopp dan pengarah sukan Michael Edwards, lapor Daily Mail.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberitahu nilai Mane sudah meningkat dan berubah tatkala dia dikatian dengan perpindahan ke Real Madrid bulan lepas walaupun pernah berdepan situasi getir ketika krisis perpindahan Philippe Coutinho ke Barcelona.

“Ia merupakan pencapaian terbesarbuat kelab. Kami (Liverpool) bermain sebagai satu pasukan dan sudah seperti keluarga.

“Suasana dalam kelab sudah pun berubah tidak sama seperti dahulu. Pemain tidak lagi menggunakan kami dan kemudian pergi. Ia sememangnya bagus tetapi kami perlu mempamerkan aksi yang baik, “tambahnya.

Sementara itu, Mane menjadi antara tonggak Reds sejak tiba dari Southampton sejak dua musim lalu.

Foto Kredit: FB Sadio Mane