Connect with:




Persatuan Pengumpul Jersi-Jersi Retro dan Baharu Malaysia (KOLEKTOR XI) dengan kerjasama Kelab Penyokong Kuala Lumpur bakal mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang bekas pemain Kuala Lumpur FA pada 16 Disember ini dengan tujuan meraikan lagenda bola sepak Kuala Lumpur sambil mengeratkan persahabatan.

Kolektor XI merupakan gabungan peminat jersi retro dan baharu negara yang dikumpulkan di satu tempat untuk aktiviti riadah atau pameran berbanding sebelum ini masing masing bergerak secara sendirian. Sebelum ini mereka aktif menjalankan aktiviti termasuk Karnival Futsal Kolektor Jersi Vol 1 selain mengadakan pameran jersi dan siri perlawanan persahabatan yang lain.

Perlawanan persahabatan kali ini bakal dihadiri oleh bekas pemain lagenda Kuala Lumpur seperti Datuk Ramlan Askolani, Subadron Aziz, Ivan Yusuf, Nizarudin Yusuf, Khalid Ali dan Shahrin Majid. Manakala pasukan Kolektor XI pula bakal menampilkan aksi daripada dua bekas pemain kebangsaan yang kini pengulas bola sepak iaitu Rezal Zambery Yahya dan Stanley Bernard.

Kepada yang berkesempatan dan berminat menyaksikan aksi lagenda Kuala Lumpur turunlah beramai-ramai pada 16 Disember ini pada jam 830 malam bertempat di Padang Pulapol, Jalan Semarak Kuala Lumpur.