Spekulasi bertiup kencang tentang perlantikan Ronald Koeman sebagai ketua jurulatih baru skuad Belanda selepas Persatuan Bolasepak Belanda (KNVB) mengadakan sidang media, esok.

Koeman yang sebelum ini menggalas jawatan sebagai jurulatih kepada pasukan di liga perdana Inggeris, Everton sebelum dipecat ekoran prestasi hambar Everton di saingan liga perdana Inggeris.

Jurulatih berusia 54 tahun itu akan menggantikan Dick Advocaat yangmelepaskan jawatan pada November lalu setelah gagal membawa pasukan Belanda ke Piala Dunia di Eropah.

Skuad ‘The Oranje’ yang gagal beraksi di kejohanan utama sejak 2014 selepas gagal menempah tiket menyertai Kejuaraan Eropah dua tahun lalu.

Tugas pertama beliau adalah mengendalikan aksi persahabatan menentang England dan Portugal pada Mac, ketika Belanda membantu persediaan pasukan yang layak ke Russia.

Koeman yang memiliki 78 cap bersama Belanda memiliki pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan selepas mengendalikan kelab seperti Ajax Amsterdam, Benfica, Valencia Southampton dan Everton.

Media Belanda berkata jurulatih penjaga gol Everton Patrick Lodewijks dan bekas pemaun Belanda Kees van Wonderen akan menjadi pembanttu Koeman.

Matlamat utamanya sudah pasti membawa Belanda layak ke Euro 2020.

 

Foto Kredit : independent(dot)co(dot)uk