Connect with:




Lagenda bola keranjang dunia, Kobe Bryant telah di pilih sebagai pemenang filem pendek animasi di malam Oscar 2018 yang diadakan di Amerika Syarikat.

Filem beliau yang berdurasi 5.22s itu yang bertajuk ‘Dear Basketball’ mengisahkan tentang bagaimana seorang budak lelaki mula bermain bola keranjang dan liku-liku kehidupannya sebagai pemain bola keranjang hingga berjaya. Budak lelaki di dalam filem pendek itu adalah diri beliau sendiri.

Beliau mula bermain pada 1996 bersama pasukan Los Angles Lakers dan telah menamatkan kariernya juga bersama pasukan yang sama pada tahun 2016.

Foto Kredit : bleaherreport(dot)com

20 tahun bersama pasukan Los Angles Lakers dan banyak kejayaan beliau telah kecapi antaranya menjuarai NBA sebanyak enam kali, pernah juga menerima pemain terbaik perlawanana akhir NBA dan banyak lagi anugerh yang di raihnya.

Beliau juga membantu negaranya, Amerika Syarikat menjuarai bola keranjang di Sukan Olimpik pada tahun2008 dan 2012. Mereka yang meminati sukan bola keranjang sudah pasti akan mengenali siapa lagenda ini dan pasti akan mengingati kejayaan serta gerak-gerakn beliau semasa menjaringkan gol.

Foto Kredit : nationalreview(dot)com