Connect with:




Dunia hari ini dikejutkan dengan kematian bintang dan LAGENDA bola keranjang Amerika Syarikat, Kobe Bryant yang maut dalam satu nahas helikopter di California.

Menurut laporan TMZ , Kobe merupakan salah seorang dari 5 mangsa nahas yang berlaku di Calabasas. Sumber menyatakan helikopter tersebut mengalami kebakaran menyebabkannya berpusing di udara sebelum terhempas.

Tiada mangsa yang terselamat dari kemalangan tersebut dan nahas masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

Isteri Kobe, Vanessa bagaimanapun tidak mengikut penerbangan tersebut.

Kobe, 41 tahun telah bersara dari arena bola keranjang pada 2016 di mana beliau mempunyai karier selama 20 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, Kobe berjaya memenangi 5 kejuaraan NBA dan 18 kali gelaran ALL-Star bersama LA Lakers serta dua pingat emas olimpik bersama Amerika Syarikat.