Connect with:




Drama kecergasan masih menghantui pasukan Liverpool apabila mendapati bahawa jurulatih pasukan itu, Jurgen Klopp pula yang dibelenggu kecederaan.

 

Oleh itu, Klopp terpaksa mengambil keputusan untuk tidak ke sesi latihan pada rabu ini kerana perlu menjalani pemeriksaan berikutan masalah kesihatan yang dialami.

 

Bukan kali pertama pengurus Liverpool ini mengalami kecederaan bahkan kerap dibelenggu kecederaan dalam tempoh dua tahun bersama pasukan itu.

 

Penyerang Sadio Mane juga mengalami masalah kecederaan dan kembali daripada tugasan antarabangsa bersama Senegal dengan rungutan mengenai masalah hamstring yang berulang.

 

Kebimbangan mengenai kesihatan Klopp hadir dua hari selepas pertahanan kanan Nathaniel Clyne, bekas pemain Southampton yang belum bermain lagi musim ini, disahkan berehat hingga Februari depan selepas menjalani pembedahan belakang.

 

Foto Kredit: Liverpool FC