Connect with:




JURGEN KLOPP memohon maaf atas tindakannya yang keterlaluan ketika meraikan jaringan kemenangan tunggal Divock Origi dalam aksi Merseyside Derby, awal pagi ini.

Dalam kejadian tersebut, Liverpool dan Everton hampir berkesudahan seri tanpa jaringan, namun pada minitke-96 Origi berjaya menanduk masuk jaringan kemenangan hasil kesilapan mudah Jordan Pickford.

Klopp, 51 bertindak meluru masuk ke dalam padang memeluk penjaga gol, Alisson tanpa menyedari tindakannya itu mengundang rasa kurang senang dari pihak lawan.

Dalam pada itu, pengurus kelab berkenaan mengakui bahawa dia sudah melampaui batas semasa sesi temubual selepas perlawanan bersama BC Sport.

“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf di atas tindakan saya. Saya ingin memohon maaf kepada Marco Silva dan saya tiada niat mahu bertindak biadab.

“Saya menghormati Everton dan tiada apa yang lebih besar daripada itu. Kami tahu mereka sangat kuat tetapi hari ini mereka bermain dengan baik dan menyukarkan kami untuk beraksi.-AGENSI

Foto: Liverpool FC